Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal Tahun 2009

Dalam beberapa hari lagi tahun 2009 akan berakhir, dan tahun 2010 akan menjelang...harap2 untuk tahun 2010 ni, rezeki semakin bertambah (harap2)..semua apa yang diinginkan tercapai...semoga cabaran dan halangan yang ditempuhi dalam tahun 2009 menjadi pemangkin atau motivasi utk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang wanita, isteri, anak, ibu kepada 3 orang anak buat masa ini, dan jugak sbg student master yg tengah berhempas pulas menyiapkan thesis...

Thursday, September 10, 2009

master proposal presentation

hmmm..ari ni jumpa ngan supervisor untuk master untuk bincang pasal proposal yang aku ngan kawan aku buat. but, we do it individually..cuma sama supervisor. yg bestnya kawan aku tolong pasal data collection. part yang tak best dalam bulan 10 ni aku kena present padahal kalau ikutkan aku tak patut present.sebab aku coursework master.nak buat macam mana..terperanjat campur blur gak bila dengar..harap2 aku boleh buat...tapi macam mana ngan raya???...ish3...terpaksa la kurang beraya..nak buat macam mana..:(

Sunday, July 26, 2009

hello blog

lama tak update blog ni sejak bergelar isteri...next week kenduri belah lelaki..(kenduri menyambut menantu)..so, suami busy ngan persiapan belah dia..aku lak bru je balik dr kuantan, coz minggu ni suami x dapat nak dtg sini..so aku drive sorang2 ke sana..pergi dan balik. next week, ke sana lagi.boleh la dikatakan busy memanjang..Nak buat macam mana, makin nak puasa ni..makin sibuk..jadual bersusun je..keje pun sama,,sampai tak tau mana satu nak buat..pening dah ni.... :(

Wednesday, June 24, 2009

Melangkah ke alam perkahwinan


Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan selamat. cuma nak tunggu kenduri belah pihak suami je lagi..setakat ni aku amat bersyukur mempunyai seorang suami yang amat memahami diri ini.

Wednesday, June 10, 2009

Hari semakin dekat....

Hari semakin dekat..menghitung hari...detik demi detik..neves..takut semua ada..perasaan sekarang ni bercampur baur...........

Monday, June 1, 2009

Kurang dari 12 hari lagi

Kurang dari 12 hari lagi...hmmm...nevesnya.. :P

Tuesday, May 26, 2009

I'M YOURS...



Dalam diam tak diam, dgn kesibukan keje, tinggal lebihkurang 17 hari lagi..InsyaAllah aku akan bakal menjadi isteri orang. sedar2 tak sedar..rasa macam tak percaya pun ada..sekarang ni perasaan..bercampur- baur..tidur pun skang ni tak lena...:P..aku harap segala persiapan berjalan dengan lancar..amin.. :)

Sunday, May 24, 2009

Tak Sabar...

Tak sabar nak tunggu cuti sekolah..mana tak sibuk ngan hal sekolah..Tapi nama je cuti..kitorang cikgu2 tak cuti..sebab minggu depan anak2 murid exam..so, masa musim cuti sekolah 2 minggu tu kena la tanda kertas exam..Aku lak ada kerja tambahan.., selain dari menyemak kertas exam anak2 murid yg menimbun..kena siapkan hantaran untuk majlis aku nanti..entahlah..harap2 semuanya berjalan dengan lancar...

Sunday, May 3, 2009

Counting for the BIG day!!!

hmmm...skang ni semakin bz ngan hal sekolah, mana x, x lama lagi akan ada Sukan Tahunan sekolah..aku sebagai ketua rumah sukan sedang bertungkus lumus memasang strategi..hehehe..so tak yah la diorang ejek2 rumah sukan aku. untuk tahun ni ada pulak acara baru iaitu pasukan sorak..so, aku, 2 org cikgu, sorang parent, dan budak2 yg terlibat sibuk menggedikkan diri berlatih..hehehe setiap hari lak tu..penat tak ingat...tp bila pikir untuk rumah sukan kitorg..kitorg kena praktis jugak...sampai terbawak-bawak bila dgr lagu kitorang tu..masa drive kete kalau dengar lagu tu pun rasa mcm nak menari..heheeh.....

Thursday, April 16, 2009

It really hurts :(

hari ni dan masa2 yang lepas, ada saja yang nak cari pasal. mungkin salah aku atau salah diorang..ntah la..yang pasti aku betul2 sakit hati sebab diorang suka cakap sesuatu yang sensitif..macam insiden hari ni kat sekolah. betul2 terasa..diorang ingat aku tak nak turunkan berat badan ke??? aku nak tp masalahnya aku dah cuba macam2 usaha..tgk la mcm mana...what ever it is, DO NOT MAKE FUN OF MY FAT BODY..IT REALLY HURTS DEEP INSIDE!!!

Sunday, April 5, 2009

Menghitung hari :(

Dalam tempoh dua bulan akan datang ni, aku akan bakal menamatkan zaman bujang aku..InsyaAllah. harap2 semua berjalan dengan lancar. tapi, buat masa sekarang ni, aku sibuk sangat dengan assignment master, exam master dan jugak hal2 sekolah. Hopefully, by this may, aku boleh ready untuk semua persiapan majlis.Macam sekarang ni, masih busy dengan menaip assignment aku sebanyak 3000 patah perkataan. by next week aku ada 2 assignment yg patut dihantar. satu dah siap, tinggal lagi satu je. dan mesti buat slides utk presentation ari selasa ni. Makin lama aku rasa yang aku ni makin sibuk ngan hal master dan hal sekolah.. pening2...sekarang ni, 3 kali sabtu aku ada hal atau aktiviti kat sekolah. Dengar2 lepas ni ada ura2 untuk latihan rumah sukan akan bermula.. risau aku..banyak sangat benda yang nak dilakukan.

Monday, March 30, 2009

:(

hari ni sungguh memenatkan.ntah apa dugaan untuk aku kali ini. kali ni tayar kete lak. yeng peliknya nasib baik aku tak g kelas. klu tak mesti aku tersadai tepi highway..dah cukup penat skang ni..apa2 aku update....

:'

Sunday, March 29, 2009

Minggu yang sungguh memenatkan :(

minggu ni adalah minggu yang mememenatkan.. :( salah satu dari sebabnya, sekolah baru je dibuka semula. so. macam2 perkara pelrlu dilakukan. antaranya, memulangkan exam papers ( keputusan utk awal tahun ni tak berapa memberangsangkan bagi aku...mybe aku je berharap anak murid aku akan score utk paper aku iaitu English..hmmm...), kedua, cikgu2 ada yang mc, so yang paling bosan ialah aku kena rilif diorang,yang paling tak bestnya..kena rilif bila aku ada rehat selama 30 minit. bayangkan la dari pagi 7.30 sampai kul 1 ptg...aku cuma dapat rehat 20 minit..itupun masa waktu rehat murid2..hmmm.....(ini diorg mc ari isnin..masa hari pertama selepas cuti) tak cukup penat ngan sekolah, dalam penat aku kena la g kelas aku kat um. tapi utk kelas yang lagi satu, aku tak pergi sebab ada urusan persiapan perkahwinan. hari rabu lak, aku busy sesangat ngan koko..pastu suara serak..mana tak menyanyi beria masa pandu puteri tunas..heehehe...tak sabar nak tunggu next week, aku nak main games ngan budak2 masa koko puteri tunas. kitorang dah prepare games utk diorg.hari khamis..aku ada meeting dari kul 1.30ptg sampai 4 petang..penatnya la...hari jumaat lak, sekolah sibuk ngan persiapan mesyuarat PIBG.Esoknya, hari yang di nanti telah tiba, iaitu mesyuarat PIBG. kitorang cikgu2 datang awal dalam 7.30 pagi sebab mesyuarat ngan ibubapa ni mula 8 pagi. segala aturcara telah disusun supaya semua berjalan dengan lancar. malangnya, satu insiden telah berlaku dan mengejutkan ramai pihak. mana tak..pembentangan belum dibuat, tapi ada parent yang tak puas hati dgn ydp pibg..mereka ni seoalah menghentam pihak sekolah terutamanya guru2..kitorang la tu..nasib baik ada yang membela nasib kitorang ni..kepada parents tu sy ucapkan terima kasih sebab soko0ng kitorang..ye la ajk tak bentang mesyuarat..dah mula argue pasal benda yang remeh temeh..ada yang poyo, turun dari team ajk la macam tak puas hati.kononnya mogok...hmmm..tak heran pun dia turun..coz dia lah batu api..suka mengapi-apikan orang ..buat cerita yang tak betul...menuduh dan macam2 lagi..senang cerita dia ni hati busuk la....ye la ada je benda yang dia tak puas hati..bayangkan la..kerana dia meeting tu habis pukul 4 petang...penatnyaaaaaaaaaaa...........dah la habis meeting lambat..kitorang ni tak mkn apapun utk lunch...entahlah tapi meeting pibg tahun ni memang memeranjatkan sebab insiden yang tak disangka berlaku..ni baru sekolah rendah ni...tak tau la di masa akan datang...mcm mana ye agaknya...

Wednesday, March 25, 2009

:(

Ya Allah, berikan hamba mu ini kekuatan dalam menghadapi segala dugaan yang aku hadapi sekarang ini. berikan aku ketabahan agar aku tak perlu lagi menangisi nasibku ini. terasa diri ini kadang2 tidak dihargai. bukan aku ingin mengungkit atas apa yang aku lakukan. cuma sebagai manusia..aku juga punya hati dan perasaan. nama pun manusia kan... :( memang dah ditakdirkan aku menjadi seorang pendidik..cuma hina sangat ke jadi cikgu??bagi aku..walaupun aku adalah lulusan undang2, tapi aku telah memilih jalan hidup aku dengan menjadi seorang cikgu@pendidik. mungkin gajinya tak seberapa, tapi bukan harta yang aku pandang. aku ingin mencurah bakti aku. mungkin je cara aku dapat membuat kebajikan..walau adakalanya aku marah2 ngan anak2 murid aku. tapi marah aku adalah untuk kebaikan diorang. aku akan bangga kalau ada anak murid aku berjaya. mungkin tugasan aku ni nampak tak gah macam profession yang lain. tapi aku bangga dengan kerja aku ini..walau adakalanya, ada yang memandang rendah. terima kasih Allah kerana memberi petunjuk kepada aku untuk menjadi seorang guru@pendidik. untuk manusia yang memandang rendah keje aku ini..aku harap satu hari mereka akan sedar dengan apa yang mereka dah lakukan terhadap aku. walaupun diorang tak mendera aku secara fizikal..tetapi dari segi emosi, aku didera secukupnya...hanya Allah yang tahu..walaupun hambamu ini lalai ngan tanggungjawabnya...aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar............................

Sunday, March 22, 2009

The last day of school holiday

alamak..esok dah nak mula kerja balik. rasa malas bila pikir pasal nak balik keje esok..dlam tempoh sebulan ni, keje dah menanti untuk diselesaikan..siap dah buat list to do lagi..hmmmm...mana tak ada banyak assignment, keje kat sekolah dan yang paling penting my EXAM ngan My Wedding..wish me luck...

Wednesday, March 18, 2009

Semoga abadi


Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini Semoga abadi Kan ku bawa sampai akhir nanti

Monday, March 16, 2009

Cuti Sekolah bermula

cuti sekolah dah pun bermula. macam2 perkara yang bermain di fikiran..hmmm orang lain mungkin ye..cuti je g holiday..makan angin ...orang ingat jadi cikgu best..ye la..cuti sekolah je..cikgu pun cuti..tapi diorang tak tau keje2 tambahan yang cikgu2 kena buat kalau ada.. macam skang ni, budak baru habis exam, so kena la semak kertas. tak cukup ngan keje menyemak kertas, aku ada lak tanggungjawab ngan paper master aku..haih...ni la dugaan dan cabaran..sabar2...

Monday, March 9, 2009

6 perkara pelik tentang diri saya

6 perkara pelik tentang diri saya or shall i say 6 weird things about themselves( me...)..aku telah di "tag" oleh suhana( anyway, tq su..)

Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tag them and to read your blog.

1) Suka meniarap kalau buat apa keje
cthnya apabila tgk tv..mybe pelik sebab orang lain atau ahli keluarga saya semua lebih selesa
duduk sambil tgk tv, bila semak buku latihan murid kat umah..pun suka meniarap...

2) Merajuk lepas tu rasa bersalah- bengong tak..?cthnya gaduh benda yg kecik, punca dr org lain, pastu merajuk..bila dah merajuk..tetiba rasa bersalah walaupun bukan salah diri sendiri.yang paling best..siap mintak maaf kat org tu giler2...

3) Baik x bertempat
Cthnya, org lain pernah buat kesalahan kat aku..tapi aku leh lupa hal yang lama dan berbaik semula ngan org tu..tp skang ni aku tak nak jadi macam tu..asyik kena pijak ngan org..asyik aku je nak ikut kepala angin diorang kan...

4) takut/ kurang keyakinan pada sesuatu yang pasti atau belum pasti
atau dalam erti kata lain paranoid dalam sesuatu perkara.dan bukan fobia. cthnya: kalau amek exam..dgn poyonya..cakap kat diri sendiri ngan org lain..mesti fail exam..padahal bila dapat result..dapat A...hehehe

5) bab makan
suka makan burger mula dengan bahagian roti dulu..tak kisahla burger tu burger kfc. mcd atau yang sewaktu dgnnya asalkan namanya burger...dah tabiat aku kot..suka makan roti dulu then baru la isi perut burger tu..hehehehehe

6) yang akhir sekali..aku ni takleh tido kalau takder bantal busuk..kelakar kan ..umur dah menjangkau 30 tahun..tapi bila tido masih nak peluk bantal busuk..macam mana la agknya bila aku kawen nanti...hmmmmm

p/s : tak tau nak tag sape pun...

4)

Friday, March 6, 2009

MINI AQUARIUM PROJECT












some of the project done by the year 3 pupils, during English hour....

Activities for English Subject


as an english teacher, so many things / activities need to be carried out. i have to do it whether with pupils or school..but there are some activities that i have to handle for february:
1- English week
2- Story-telling competition
3- Mini aquarium project by year 3 for English subject

ENGLISH WEEK- 16/2/09- 20/2/09




















Monday, March 2, 2009

Express holiday

i'm so exhausted. why? last weekend, i went to JB with my fiancee at 10 a.m after servicing my car at workshop. actually, i have to fetch him at bus station at 4 a.m, but i make him wait until 6.30 a.m. Then, we had breakfast before the "trip" to workshop. the journey took about 5 hours. soooooo....tired. after we arrive at JB, we meet my parents and younger sister at hotel. then, later, we went to Singapore..perggghhhhh...what a day...we rush to Singapore with rental car..i think so..at singapore, we went for makan2 and went to Arab street..shopping something for my wed. can't show u it here. u have to wait until my wed..hehehe..The next day, we drove all the way back to KL at 10 am. but we stop for a while at Batu Pahat, and Muar.then we continue our journey later at 4pm. hmmm..my family already at home at 7pm..i think..but i need to go to KL to send my fiancee back home at bus station.. waiting for the bus and stuck in jam..hmmm...so, after that i drove alone and reach home at 11.30 pm...really2 tired..right now, i did not go to work as i had headache. later, i will go to clinic and get some pills...ok i hv to stop now....till then.....

Monday, February 23, 2009

Cuti2 Malaysia....Bukit tinggi

semalam aku ke bukit tinggi, Pahang. kira berani gak la drive sorang2 ke sana.hehehe.. tapi tunang aku tunggu aku kat kawasan rehat.kitorang g bukit tinggi, Pahang.macam2 tempat kat situ, kitorang pegi. balik dari sana dalam kul 7 malam.agak penat la jugak.mana tak dah lama tak mendaki bukit, masa nak ke taman jepun kat bukit tinggi. kesemputan aku masa g sana..tengok je gambar2 yang aku amek...






















































Tuesday, February 17, 2009

Menghitung hari


pejam celik..siang malam.. dalam tempoh 3 bulan, majlis akan berlangsung. macam2 persiapan harus dilakukan. skang ni masih mencari atau suryvey barang untuk tetamu..masih lagi mencari. semalam, baru nak g tempah baju untuk kain nikah. macam2 yang bermain di fikiran..harap2 semua berjalan dengan lancar sehingga majlis selesai.amin. doakan kebahagiaan saya...

Thursday, February 12, 2009

Lagu untuk seseorang kerana kaulah segalanya

lagu dari Hazrul Nizam-Kaulah segalanya...lagu ni mungkin akan aku jadikan lagu untuk majlis aku nanti. ni lah lagu yang syawal AF nyanyi sampai aku tangkap lentok@sedih...

Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya :
Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,
Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Cintaku padamu, ikhlas sejati

Kaulah segalanya

Kaulah Segalanya

Artist: Ruth Sahanaya
Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Korban Cinta

Korban Cinta

Artist: Aris Ariwatan
Berangkat pergi biduk kukayuh
Sarat hati yang luka
Agar tak lebih menyakitkan
Jika masih di sini

Bukan cuba untuk melarikan
Dari kerumitan cinta
Tapi waktu ini perlu untukku
Mengupas segalanya

Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi persaan kasih padamu
Melebihi diriku
Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya

Mengalah bukan kalah
Pergiku bukan lari
Bukan mudah bercinta
Jika pengertian tak setaraf
Menagih korban yang lebih dalam

hari ni balik sekolah, aku tgk tv.ada ulangan konsert AF5. bila dengar je lagu ni macam sedih. mungkin terkenangkan kisah cinta aku dulu2..ntahlah..tetiba je tangkap syahdu ngan lagu ni..selain satu lagu nyanyian Syawal..

Wednesday, February 11, 2009

Andai aku yang bersalah


Andai aku yang bersalah,
Aku minta maaf banyak2,
aku tak bermaksud nak sakitkan hati sesiapa pun,
termasuk orang yang aku sayang sangat2..
Memang benar,
dari hati yang tulus ikhlas ni, aku tak berniat nak sakitkan hati dia,
aku tak berniat nak ungkit kisah silam dia,
aku rasa mungkin permintaan aku tu agak melampau untuk dia,
tapi kalau dia x benarkan, aku terima,
ye..aku terima apa jua keputusan untuk permintaan aku tu..
tapi aku tak sanggup kehilangan dia,
sebab bagi aku dia adalah segalanya untuk aku,
aku sayang dia sangat2,
aku sayang dia seadanya dia terima aku,
dia dah cukup sempurna untuk aku..
kenapalah mulut aku ni celupar sangat,bercakap sesuatu yang menyakitkan hati insan yang amat aku sayang
sedih aku ngan diri aku yang bodoh ni
tak sedar diri langsung aku ni..bodoh3..kenapalah aku ni bodoh sangat???

andai dapat ku undur masa, aku takkan cakap perkara yang menyakitkan hati dia
andai dia membaca luahan hati aku ini..aku nak dia maafkan aku
aku tak berniat langsung untuk sakitkan hati dia
aku takkan bertanya tentang hal itu lagi
sampai bila2
aku nak minta maaf
aku nak dengar gelak tawa dia
bukan rintihan hati yang sakit dengan karenah aku yang bodoh ni
andai aku yang bersalah..dan sememangnya aku bersalah
aku minta maaf
aku tahu
aku dah cukup bodoh
sebab tak hargai insan yang sayangkan aku seadanya..

andai aku yang bersalah
aku minta maaf
dan sememangnya aku yang bersalah...
aku minta maaf

Tuesday, February 10, 2009

Songs for the wedding



Majlis aku..InsyaAllah akan berlangsung 4 bulan lagi..ni la antara list2 lagu utk majlis tu nanti..list ni pun jumpa kat satu website...ada yang boleh bagi cadangan??tq


Top 20 Classic Love Songs

You can't go wrong with these Classic Love Songs.
Song Title Year Song Artist
1 The Power of Love Celine Dion
2 The Way You Look Tonight Tony Bennett
3 When I Fall in Love Nat King Cole
4 Can You Feel the Love Tonight? Elton John
5 Eternal Flame The Bangles
6 At Last Etta James
7 I Can't Help Falling In Love With You Elvis Presley
8 I Do Westlife
9 This I Promise You 'NSYNC
10 I Do (Cherish You) 98 Degrees
11 You Are So Beautiful Joe Cocker
12 Power of Love Luther Vandross
13 I Want to Know What Love Is Foreigner
14 All My Life K-Ci & Jojo
15 More Than Words Extreme
16 One In A Million Bosson
17 Only You Ashanti
18 Have I Told You Lately? Rod Stewart
19 When a Man Loves a Woman Percy Sledge
20 Kiss From a Rose Seal

Top 10 Popular Love Songs
Love songs from recent times. Ideal for younger brides wanting something different.
1 One In A Million Aaliyah
2 My Boo Usher and Alisha Keys
3 Put It On Me Ja Rule
4 Underneath It All No Doubt
5 Crazy In Love Beyonce
6 We Belong Together Mariah Carey
7 A Moment Like This Kelly Clarkson
8 On Bended Knee Boyz II Men
9 Thank You (For Loving) Bon Jovi
10 I Do (Cherish You) 98 Degrees

Top 10 Extra Cheesy Love Songs
These songs may sound cheesy, but they are almost a prerequisite for any wedding.
1 Everything I do (I Do It For You) Brian Adams
2 Tonight I Celebrate My Love Peabo Bryson & Roberta Flach
3 My Heart Will Go On Celine Dion
4 Light Up My Life Debby Boone
5 I Will Always Love You Whitney Houston
6 Hoplessly Devoted To You Olivia Newton John
7 The Wind Beneath My Wings Bette Midler
8 Can't Smile Without You Barry Manilow
9 I Just Called To Say I Love You Stevie Wonder
10 I Got You Babe Sonny & Cher

Top 100 Love Songs of All Time
The top 100 love songs covering over four decades of music.
# Song Title Year Artist
1 Let's Get It On 1973 Marvin Gaye
2 The Rose 1980 Bette Midler
3 Love Me Tender 1956 Elvis Presley
4 Thank You 1999 Dido
5 More Than Words 1990 Extreme
6 Building A Mystery 1997 Sarah McLachlan
7 It's Only Love 1977 The Beatles
8 Let's Stay Together 1972 Al Green
9 You're The First, The Last, My Everything 1975 Barry White
10 I'll Be There 1970 The Jackson 5
11 Nothing Compares 2 U 1990 Sinead O'Connor
12 I Got You Babe 1965 Sonny & Cher
13 Wicked Game 1989 Chris Isaak
14 Wonderful Tonight 1978 Eric Clapton
15 Faithfully - 1983 Journey 1964 The Beatles
16 And I Love Her - 1964 The Beatles And I Love Her 1979 Cheap Trick
17 I Want You To Want Me 1984 George Michael/Wham!
18 Careless Whisper 1971 The Carpenters
19 Superstar 1971 The Carpenters
20 I Will Always Love You
1992 Whitney Houston
21 Endless Love 1981 Diana Ross & Lionel Richie
22 I Would Die 4 U 1984 Prince
23 Always 1987 Atlantic Starr
24 That's The Way Love Goes 1993 Janet Jackson
25 Maybe I'm Amazed 1970 Paul McCartney
26 P.S. I Love You 1964 The Beatles
27 Alison 1977 Elvis Costello
28 Your Song 1971 Elton John
29 Wild Thing 1966 The Troggs
30 Feelings 1975 Morris Albert
31 Fallin' 2001 Alicia Keys
32 Every Little Thing She Does Is Magic 1981 The Police
33 I'll Make Love To You 1994 Boyz II Men
34 Time After Time 1984 Cyndi Lauper
35 This Boy 1964 The Beatles
36 Best Of My Love 1977 The Emotions
37 She's Got A Way 1971 Billy Joel
38 I'd Do Anything For Love (But I Won't Do That) 1993 Meat Loaf
39 Three Times A Lady 1978 The Commodores
40 It Must Have Been Love 1986 Roxette
41 I Just Want To Be Your Everything 1977 Andy Gibb
42 First Time Ever I Saw Your Face 1972 Roberta Flack
43 Nobody Wants To Be Lonely 2000 Ricky Martin
44 Unchained Melody 1965 The Righteous Brothers
45 I Need Love 1987 LL Cool J
46 Love To Love You Baby 1976 Donna Summer
47 I Want To Know What Love Is 1985 Foreigner
48 My Heart Will Go On 1997 Celine Dion
49 Eternal Flame 1988 The Bangles
50 How Do I Live 1997 LeAnn Rimes
51 Baby, I Love Your Way 1976 Peter Frampton
52 Hero 2001 Enrique Iglesias
53 Roxanne 1978 Sting & The Police
54 Tell Me What You See 1965 The Beatles
55 I Don't Want To Miss A Thing 2002 Aerosmith
56 Here And Now 1989 Luther Vandross
57 Don't Speak 1995 No Doubt
58 Crazy For You 1987 Madonna
59 Stop To Love 1986 Luther Vandross
60 Total Eclipse Of The Heart 1983 Bonnie Tyler
61 How Deep Is Your Love 1978 The Bee Gees
62 Heartbreak Hotel 1956 Elvis Presley
63 I'll Follow The Sun 1964 The Beatles
64 Open Arms 1982 Journey
65 Breathe 1999 Faith Hill
66 You're The One That I Want 1978 John Travolta w/ Olivia Newton-John
67 Happy Together 1967 The Turtles
68 I'll Stand By You 1994 The Pretenders
69 You Don't Bring Me Flowers 1979 Barbra Streisand w/ Neil Diamond
70 All Out Of Love 1980 Air Supply
71 Secret Garden 1995 Bruce Springsteen
72 We Belong 1985 Pat Benatar
73 Un-break My Heart 1996 Toni Braxton
74 I Will 1968 The Beatles
75 You're In My Heart 1978 Rod Stewart
76 This I Promise You 2000 NSYNC
77 Unforgettable 1991 Natalie Cole f/ Nat King Cole
78 I'll Be There For You 1989 Bon Jovi
79 Girl 1965 The Beatles
80 All Cried Out 1986 Lisa Lisa & Cult Jam w/ Full Force
81 Iris 1998 Goo Goo Dolls
82 More Than A Feeling 1976 Boston
83 By Your Side 2000 Sade
84 If I Fell 1964 The Beatles
85 Love Will Keep Us Together 1975 Captain & Tennille
86 Never Tear Us Apart 1988 INXS
87 I Feel For You 1984 Chaka Khan
88 Alone 1987 Heart
89 I Can't Make You Love Me 1991 Bonnie Raitt
90 Woman 1981 John Lennon
91 Here There And Everywhere 1966 The Beatles
92 You Are The Sunshine Of My Life 1973 Stevie Wonder
93 (Everything I Do) I Do It For You 1991 Bryan Adams
94 You're Still The One 1997 Shania Twain
95 You Are So Beautiful 1975 Joe Cocker
96 Always On My Mind 1982 Willie Nelson
97 Because You Loved Me 1996 Celine Dion
98 Melt With You 1983 Modern English
99 Save The Best For Last 1991 Vanessa Williams
100 Words Of Love 1964 The Beatles

Kerja...kerja..kerja...


Dalam dua minggu ni dah biasa sangat cuti, especially ari isnin. ada saja cuti am. semalam ada negeri2 tertentu cuti sempena Thaipusam, cthnya negeri Selangor. so, ari ni baru nak mula kerja balik. bila keje pagi td, macam malas la jugak..cuma untuk ari ni aku monteng tak g kuliah kat UM. masalah kesihatan orang perempuan...bila dah mula keje ni..banyak la jugak keje yang nak dibuat..nak buat soalan exam, keje sebagai guru kelas, assignment lagi dll...agak pening la jugak..tp dah nama pun keje kan.nak buat macam mana..nak tak nak..kena la buat..tanggungjawab tu...ok la nak g sambung wat soalan exam..ada masa, aku update lagi blog aku yer...heheheh


busy membuat assignment...

kerja "part time" seorang guru kelas- kutip duit utk yuran pelbagai

Monday, February 9, 2009

Lelaki ini

Lelaki ini

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

I'm a Superwoman













Everywhere I’m turning
Nothing seems complete
I stand up and I’m searching
For the better part of me
I hang my head from sorrow
state of humanity
I wear it on my shoulders
Gotta find the strength in me

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I’m a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I’m a Superwoman

For all the mothers fighting
For better days to come
And all my women, all my women sitting here trying
To come home before the sun
And all my sisters
Coming together
Say yes I will
Yes I can

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I’m a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I’m a Superwoman

When I’m breaking down
And I can’t be found
And I start to get weak
Cause no one knows
Me underneath these clothes
But I can fly
We can fly, Oh
Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I’m a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I’m a Superwoman

*lagu ni ada masanya macam meluahkan apa yang aku alami.biasalah hati seorang perempuan. hati mereka kan sensitif namun ada semangat juang yang tinggi. macam tu jugak ngan aku. walau apa pun rintangan dan dugaaan,aku akan cuba hadapi.sedih macam mana pun, aku cuba sembunyikan perasaan,dll. lagu ni sebenarnya, adik aku tuju kat aku..banyak sangat pengalaman pahit manis kisah cinta aku dan corat coret kehidupan, aku tetap sabar dan tabah hadapi masa yang mendatang...

Sunday, February 8, 2009

Hari Minggu Di.......

Minggu ni, aku penuh ngan aktiviti. ari sabtu, aku ada kelas MESL kat UM.Kelas mula kul 9 pagi hingga 2 ptg, tp tiba2 lecturer bgtau yang kelas sampai kul 12 tgh hari.so, nak x nak, aku balik usj balik. takkan aku nak tunggu 2 jam kat kl, sebabnya ingat kalau habis kelas kul 2pm, terus g amek tunang aku kat kl.tp atas sebab tertentu aku balik usj, then, pas zuhur, aku gerak ke kl balik.so sampai je kat hentian bas kat pekeliling, aku amek tunang aku, kitorang g jalan2 and makan2 utk ari tu. ari esoknya, kitorg g joging kat tasik PJ. Pukul 10 pagi, kitorang bersiap g balik kampung, sebab nak g survey baju untuk majlis kitorang nanti. agak penat la jugak.balik dr kampung je, kitorang bergerak ke kl. coz bas ke kuantan bergerak kul 6ptg. tp kitorang singgah dulu kat taman tasik titiwangsa sementara menanti masa untuk dia balik ke kuantan.ni la antara gambar pemandangan yang aku sempat amek:


gambar karikatur@lakaran di ambil kat karnival belia yang ada kat situ sebelum aku hantar tunang aku balik...comel tak?hehehehe....

apalah agaknya yang dia menungkan?.....hmmm......















boleh nampak KLCC,Menara KLK,Istana Budaya dari tasik














...dan jugak bangunan2 lain...

Thursday, February 5, 2009

Di sebalik kejayaanku

Di sebalik kejayaanku, inilah keluargaku yang sentiasa menjadi kekuatan dan penyokong setiaku...

Pyzam Family Sticker Toy

Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.




Keadaaan kereta myviku yang terkini





Petang td, aku g repair bumper aku yang dah nak tanggal@tercabut dari tempatnya..so, aku g kedai aksesori, suh cina kedai tu tgk..tp malangnya, dia kata klip bumper aku takder..mungkin hilang masa banjir. mybe hilang masa redah banjir ari tu..ish.ish..pening2..then, aku g kedai repair kereta yang lain, tp kedai kereta yang aku biasa pegi..nasib baik ada, tp mcm biasalah..harga satu klip RM8, ada 5 klip utk digunakan, so aku nak x nak, kena la kuarkan rm40...hishh...pening2..ni la keadaan kete myvi yang terkini..tp bumper@skirting aku tak repair lagi..tgk la macam mana nanti..kalau ada rezeki, aku akan repair dan impian aku untuk jadikan kereta aku utk jadi macam toyota passo mungkin akan terlaksana..hehehehe


ni lah keadaan kete myvi aku..bru pas pasang klip..cuma tinggal skirting je yang perlu aku repair...
gambar 1- pandangan sebelah kiri, nampak ok kan?
gambar 2 - dari sudut lain lak
gambar 3- dari pandangan sebelah kanan lak..rongak sikit skirting aku ni...hehehe..sedih pun ada, tp nak buat macam mana, dah nak kena..terima je la.. :(

Wednesday, February 4, 2009

My Work, My MESL..

perihal semalam: Banjir di UM dan jam yang menyeksakan( aku meredah banjir ni..)

hmmm...semalam adalah hari yang paling menduga aku sepanjang aku belajar kat UM :( . mana tak..duduk dalam jam selama 2 jam lebih..bayangkan keadaan aku masa kat dalam kete..dah la penat habis kuliah, otw balik Usj sorang2 dalam ujan yang lebat, ditambah ngan banjir. kalau fikiran aku tak waras, rasa mcm tak sanggup nak belajar dalam keadaan yang mcm ni. maksud aku, aku ni bekerja, pastu belajar. buat 2 keje ;bekerja sambil belajar@ belajar sambil bekerja( x kisah la yang mana satu..), penatnya semalam,kisahnya.. sebab aku terus dari sekolah( keje sbg cikgu sek rendah) tanpa makan tgh hari, terus g UM, mana x aku ada presentation, tu yg dtg lagi awal.yang paling tak best, bila balik jalan jam kat dalam UM yang disebabkan oleh banjir, kira banjir tu teruk la jugak sampai bumper depn myvi kesayanganku itu patah (rongak la sikit utk sementara waktu ni). ini semua gara2 nak redah banjir, x kira apa yg berlaku.nasib2..kalau ada rezeki, aku gantilah bumper kete aku tu nanti..InsyaAllah..bila sampai umah, keje sekolah/ tugasan sbg cikgu pun aku kena buat, kalau tak buat,sape lak nak buat kan??penat2..tp ni la antara dugaan aku hadapi selama bekerja sambil belajar dari 12/2006 hinggalah sekarang 12/08. dua tahun aku belajar MESL. aku harap impian aku untuk menghabiskan Master (MESL) aku ni tercapai..aku bukan buat utk diri aku supaya melangkah lebih jauh dalam bidang pendidikan ni tapi jugak untuk mak aku yang beria dan menggalakkan aku untuk sambung belajar dan amek master, seterusnya PHD..Terima kasih mak, sebab sentiasa menyokong anak mak ni..walaupun adakalanya anak mak ni degil dan keras kepala. mak sentiasa ada setiap kali anak mak ni ada konflik selama 30 tahun ni...Terima kasih mak. Jasa mak yang sebegitu banyak melahirkan anak mak ni yang dah berusia 30 tahun ni tak termampu untuk kaklong balas. kaklong sayang mak..
ni aku uploadkan serba sikit gambar2 pasal keadaan semalam: cuma gambar keadaan kerete myvi ku yg terkini nnti aku upload kemudian...




jam otw balik ke rumah dari UM, Kat sunway

jam kat UM akibat banjir/arus banjir yang deras pun di redah sampai ada kereta yang terbabas

ni banjir kat persimpangan..nampak tenang dan cetek je kan..yang teruk kat lagi satu simpang tapi aku tak sempat snap coz tgh drive masa tu

keadaan parit besar kat UM (air deras)

Thursday, January 29, 2009

Citer untuk dijadikan iktibar



Cerita ni diambil dari satu website. harap dapat dijadikan iktibar untuk lelaki2
yang ingin berpoligami...

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...




"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Rahsia Bulan Kelahiran Oktober

Seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan pada 25hb Oktober 1979 pada pukul 10.30 pagi di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Bak kata orang atau Dr. Fadzilah Kamsah, setiap orang mempunyai personaliti masing2 mengikut bulan kelahiran mereka. Aku amek ni dari e-mail yang diforwardkan kat aku..rahsia bulan kelahiran...Aku dilahirkan pada bulan Oktober. sO, meh kita kaji betul ke personaliti/perangai aku sama seperti kajian yang telah dijalankan..hehehehe....

OKTOBER

* Suka berbual.

aku memang pun suka berbual, mungkin sebab aku ni cikgu kot.hehehehe...tapi ada masanya aku suka berdiam diri.

* Suka orang yang sayang padanya.

semua orang suka disayangi dan menyangi kan???saper yang tak suka disayangi kan?ada ke?

* Suka ambil jln tengah.

ye ke? aku suka amek jalan lurus je..hmmmm


* Sangat menawan & sopan santun.

ye ke? dengan berat badan aku yang obes ni...menawan ke? sopan santun?no komen. orang lain je dapat menilai sejauh mana kesopanan dan kesantunan aku..


* Kecantikan luar & dalam.

no komen. hanya orang lain yang boleh menilai..tapi lebih baik cantik di dalam..meaning ada hati yang baik baru la aura baik tu menyerlah pada wajah/ seri muka..kan?

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

hmmm..aku sendiri tak suka hipokrit..so, pikir2 la....tapi ada masanya aku yang kena tipu...camner tu..nasib2....

* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

ye kot...ada betulnya


* Sentiasa berkawan.

semua orang perlukan kawan kan..macam tu jugak dengan aku..


* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

heheheh..ni biasa la..jiwa aku ni kadang2 sensitif and sentimental sikit..

* Cepat marah.

marah bila anak murid tak dengar cakap aku..marah bila ada pemandu yang kurang ajar dengan aku kat jalan raya...dll tapi apa pun aku cepat cool...

* Macam pentingkan diri sendiri.

nampak macam pentingkan diri? ye ke? ada certain things kot..cuba tanya member2 aku ni, ada x aku pentingkan diri?

* Tidak menolong orang kecuali diminta.

mungkin kot.kang saje je menolong orang kata macam busy body lak kan?? tengok situasi kot...

* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

mungkin betul...pedulikan apa orang cakap tentang hal aku, diorang tak tahu apa yang terjadi, so, what?

* Tidak suka terima pandangan orang lain. ye ke?

no komen.kadang2 pendapat orang lain tu penting jugak. cuma aku tak terima bulat2...

* Emosi yang mudah terusik.

betul..tgk citer sedih kat tv pun aku leh nangis..hehehehe

* Suka berangan & pandai bercakap. ye ke?

hmmmm..semua orang mesti ada angan2 dan suka berangan kan?

* Emosi yang kelam kabut.

hmmm...betul kot..sometimes moody...kadang2 x..

* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

hmmm ye ke?

* Suka melancong, bidang sastera & seni.

melancong? suka gak kalau ada masa dan duit, sastera- suka baca buku/novel, seni- suka menyanyi, tgk konsert dll...

* Pengasih, penyayang & lemah lembut.

ye kot...hehehehe

* Romantik dalam percintaan.

ye kot..hehehe...kadang2 je..tp aku lagi suka lelaki yang sederhana je..dan aku pun tak suka lelaki yang romantik sangat..so, aku rasa diri aku ni pun tak romantik sangat..

* Mudah terusik hati & cemburu.

memang..tapi cemburu ke arah kebaikan..bukan cemburu buta..tgk la bintang..bintang scorpio mmg sensitif....

* Ambil berat tentang orang lain.

mungkin kot...


* Suka kegiatan luar.

tak suka sangat..takut rentung ngan cahaya matahri..cuba tanya member maktab, sejauh mana la sangat penglibatan aku ngan kegiatan luar ni...

* orang yang adil.

hmmm..mungkin..orang lain yang leh menilai sejauh mana keadilan aku ni


* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

boros? hmmm..tepuk dada, tanya selera..dulu ye..aku ni boros..skang ni dah kurang sikit...beli apa yang perlu je...


* Mudah patah semangat

kadang2..bila apa yang diingini tak tercapai atau tak dapat dilakukan dengan jayanya...