Thursday, January 29, 2009

Citer untuk dijadikan iktibar



Cerita ni diambil dari satu website. harap dapat dijadikan iktibar untuk lelaki2
yang ingin berpoligami...

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...




"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Rahsia Bulan Kelahiran Oktober

Seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan pada 25hb Oktober 1979 pada pukul 10.30 pagi di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Bak kata orang atau Dr. Fadzilah Kamsah, setiap orang mempunyai personaliti masing2 mengikut bulan kelahiran mereka. Aku amek ni dari e-mail yang diforwardkan kat aku..rahsia bulan kelahiran...Aku dilahirkan pada bulan Oktober. sO, meh kita kaji betul ke personaliti/perangai aku sama seperti kajian yang telah dijalankan..hehehehe....

OKTOBER

* Suka berbual.

aku memang pun suka berbual, mungkin sebab aku ni cikgu kot.hehehehe...tapi ada masanya aku suka berdiam diri.

* Suka orang yang sayang padanya.

semua orang suka disayangi dan menyangi kan???saper yang tak suka disayangi kan?ada ke?

* Suka ambil jln tengah.

ye ke? aku suka amek jalan lurus je..hmmmm


* Sangat menawan & sopan santun.

ye ke? dengan berat badan aku yang obes ni...menawan ke? sopan santun?no komen. orang lain je dapat menilai sejauh mana kesopanan dan kesantunan aku..


* Kecantikan luar & dalam.

no komen. hanya orang lain yang boleh menilai..tapi lebih baik cantik di dalam..meaning ada hati yang baik baru la aura baik tu menyerlah pada wajah/ seri muka..kan?

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

hmmm..aku sendiri tak suka hipokrit..so, pikir2 la....tapi ada masanya aku yang kena tipu...camner tu..nasib2....

* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

ye kot...ada betulnya


* Sentiasa berkawan.

semua orang perlukan kawan kan..macam tu jugak dengan aku..


* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

heheheh..ni biasa la..jiwa aku ni kadang2 sensitif and sentimental sikit..

* Cepat marah.

marah bila anak murid tak dengar cakap aku..marah bila ada pemandu yang kurang ajar dengan aku kat jalan raya...dll tapi apa pun aku cepat cool...

* Macam pentingkan diri sendiri.

nampak macam pentingkan diri? ye ke? ada certain things kot..cuba tanya member2 aku ni, ada x aku pentingkan diri?

* Tidak menolong orang kecuali diminta.

mungkin kot.kang saje je menolong orang kata macam busy body lak kan?? tengok situasi kot...

* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

mungkin betul...pedulikan apa orang cakap tentang hal aku, diorang tak tahu apa yang terjadi, so, what?

* Tidak suka terima pandangan orang lain. ye ke?

no komen.kadang2 pendapat orang lain tu penting jugak. cuma aku tak terima bulat2...

* Emosi yang mudah terusik.

betul..tgk citer sedih kat tv pun aku leh nangis..hehehehe

* Suka berangan & pandai bercakap. ye ke?

hmmmm..semua orang mesti ada angan2 dan suka berangan kan?

* Emosi yang kelam kabut.

hmmm...betul kot..sometimes moody...kadang2 x..

* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

hmmm ye ke?

* Suka melancong, bidang sastera & seni.

melancong? suka gak kalau ada masa dan duit, sastera- suka baca buku/novel, seni- suka menyanyi, tgk konsert dll...

* Pengasih, penyayang & lemah lembut.

ye kot...hehehehe

* Romantik dalam percintaan.

ye kot..hehehe...kadang2 je..tp aku lagi suka lelaki yang sederhana je..dan aku pun tak suka lelaki yang romantik sangat..so, aku rasa diri aku ni pun tak romantik sangat..

* Mudah terusik hati & cemburu.

memang..tapi cemburu ke arah kebaikan..bukan cemburu buta..tgk la bintang..bintang scorpio mmg sensitif....

* Ambil berat tentang orang lain.

mungkin kot...


* Suka kegiatan luar.

tak suka sangat..takut rentung ngan cahaya matahri..cuba tanya member maktab, sejauh mana la sangat penglibatan aku ngan kegiatan luar ni...

* orang yang adil.

hmmm..mungkin..orang lain yang leh menilai sejauh mana keadilan aku ni


* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

boros? hmmm..tepuk dada, tanya selera..dulu ye..aku ni boros..skang ni dah kurang sikit...beli apa yang perlu je...


* Mudah patah semangat

kadang2..bila apa yang diingini tak tercapai atau tak dapat dilakukan dengan jayanya...

Monday, January 26, 2009

Home sweet home





Hari ni dan esok, kaum cina menyambut tahun baru cina. aku rasa semua orang dah ada plan untuk menghabiskan cuti2 yang panjang ni bersama family masing2...aku lak pun ada plan utk habiskan masa ngan family aku cuma dgn cara aku yang tersendiri la...kuar makan and jalan2 kalau perlu. tapi buat masa cuti ni, aku sibuk menyiapkan assignment master aku, sibuk mencari bahan2, menyettlekan tugasan sekolah aku...orang lain mesti ingat aku ni skema..ntah la ada masanya aku lagi suka menghabiskan masa kat umah dari bersesak ngan orang ramai kat shopping complex, atas jalan raya, etc...selesa dok kat umah, guling2 tengok tv, layan internet, chatting dan macam2 lagi...

Sunday, January 25, 2009

love : definition

meaning of love: dictionary

meaning of love: chemistry

love:happy together?
love: without it???

love and friendship???

love and hold me?

love??
love:is it???

love:love meter?







Meaning of marriage


The meaning of marriage differs from one person to another, and from one time to another. In ancient times, for example, a marriage meant a condition in which a woman was given to a man almost as property, and often as part of a political, social, or business arrangement of some sort. For much of human history, marriage has been a permanent institution that, once entered into, cannot be dissolved except by the death of one of the spouses. In the modern world, however, marriage is a vastly different thing. On the up side, marriage is today more of a gathering of equals, rather than the subjugation of one to the other. On the down side, marriage often becomes much more temporary than it has been in years past.

The meaning of marriage can be looked at from a legal perspective. Legally, marriage is a binding contract between the two parties that joins together their possessions, income, and lives. Marriage is recognized by the state, and the dissolving of the contract can only happen through the legal process of divorce.

But, for most people, marriage has meaning beyond the legal sense. Marriage is also an agreement between the man and woman. Husband and wife take certain vows, to love one another, to cherish one another, and to stay together through sickness and health, for better and for worse. In most cases, this agreement includes sexual faithfulness, and a promise that each person will do what they can to make the other one happy. For some people, this agreement between man and woman takes the form of a covenant between not only the couple, but God as well. Thus, many marriages are performed within the rites of various churches and religious institutions.

The meaning of marriage should be looked at from a sociological perspective as well. A marriage is the conduit by which children are born; a marriage provides both a mother and a father for the children. The family unit, the relationship between parents and child, are all based on the marriage relationship.

Certainly, in the modern world, the meaning of marriage is becoming more complicated. In some areas, same-sex couples are pursuing the right to be married. Certainly, a legal recognition of this does not create or eliminate the agreements that couples make between themselves, but these couples desire that legal recognition. In addition, high divorce rates mean that many children will not be raised in a traditional family unit. Here again, the fact that the parents are not married does not mean that they are not a family, but it is changing the way that families are arranged.

As it always has, the meaning of marriage is changing as the times change. As society changes, the institution of marriage changes. These changes may or may not be a good thing; in the end, they are probably a little of both. The meaning of marriage, in the modern world, is in a bit of flux; when people do get married, they should make sure that they agree up front on what they mean by marriage.

Saturday, January 24, 2009

Menghitung hari

Restoran Taman Tasik Shah Alam

Gambar ni diambil pada hari yang berlainan..selepas kitorang dapat tahu pasal tempat untuk majlis kitorang nanti....


ari ni aku, mak ngan abah g survey tempat utk majlis persandingan aku nanti. actually, tempat ni masih dalam renovation. tp dikira hampir siap la kot. lagipun tarikh majlis aku tu dalam bulan 6, InsyaAllah. buat kali pertama menjejakkan kaki ke situ, aku rasa terpesona gak ngan view tasik kat situ. maybe majlis aku tu nanti ala2 garden wedding ataupun lake wedding..hehehehe...person in-charge siap bg cadangan untuk aku ngan bakal suami aku berarak guna bot diorg..heheheh..mak aih..tak tenggelam ke nanti...apa2 pun majlis tu akan berlangsung dalam masa 4 bulan 3 minggu lagi..harap2 majlis berjalan dengan lancar. persiapan untuk majlis pun sedang dilakukan sikit2....mak aih..byknye benda nak buat...apapun, wish me luck yer....

sempat mak posing kat situ...

masih dalam proses renovation

kura-kura2 yang sedang berehat

pandangan dari kawasan luar restoran

bot yang bakal membawa aku ngan bakal suami berarak nanti...
( boleh ke..tak tenggelam ke nanti??)

Sunday, January 18, 2009

Kenangan 2008

Jalan2 Makan Angin 2008

antara tempat2 yang dilawati untuk tahun 2008:

1)Aquaria KLCC
dah lama sangat aku plan nak g sini.akhirnya, tercapai gak hasrat aku untuk mencecahkan kaki aku kat tempat ni pada 25hb disember 2008. bayaran masuk ke aquaria ni mmg mahal la tp nasib ada org sponsor, so, jimat bajet sikit...hehehehe...



bergambar kat luar klcc..otw nak balik lepas tgk wayang citer "brainscan" ( kepenatan tp happy)


ikan jerung yang agak menggerunkan dari dalam tunnel yang kitorang lalu kat aquaria..seram pun ada

posing kat dalam aquaria...


KLCC
2) Trip ke Penang, Kedah dan Perak

Lawatan ke Penang, Kedah dan Perak ni dikira best la jugak. mana tak aku jarang nak travel ke 3 negeri dalam tempoh yg singkat. memang tak sempat nak lawat semua tempat kat 3 negeri ni...tp kira ok la jugak.harap2 kalau ada rezeki, nak spend masa jalan2 kat tempat2 menarik kat 3 negeri ni..Perak, Penang, Kedah...





Hujung minggu yang indah

Hari sabtu (17hb jan 09) aku ada sekolah ganti sempena tahun baru cina. penat la jugak g sekolah coz last saturday, aku dah datang sekolah.tp takpe demi tugas..aku sanggup..(hehehe..sebenarnya tak sabar nak tunggu cuti seminggu Tahun Baru Cina). tp hari ni (17hb) aku happy sebab tunang aku datang all the way from Kuantan.Dalam kul 2pm, aku g amek dia kat bus station pekeliling...kitorang g jalan2..makan2..kira aku happy la jugak bila dia datang jumpa aku...entahlah selama aku berkawan ngan kaum adam sebelum dia..dia ni lain dari yang lain...aku dapat rasakan yang dia ni bersungguh-sungguh dengan aku..sanggup datang jauh2 semata untuk jumpa ngan aku..harap2 kesungguhan dia ni berkekalan sehingga ke akhir hayat..sejak dari kitorang kenal, bertunang, berkahwin dan hingga akhir hayat kitorang..amin..Dia kata lagu ketulusan hati - anuar zain tu menunjukkan macam mana rasa kasih/cinta dia kat aku..mungkin ada betulnya kot (Abang... sayang Sayang Abang!). memang agaknya Allah dah tetapkan dia adalah jodoh untuk aku kot..Allah bagi dugaan dan cabaran utk aku tempuhi sebelum aku berjumpa dengan dia pada usia aku yang ke-29. tak lama lagi nak masuk 30thn dah...Harap dia yang terbaik untuk aku..apa2pun...Dia sememangnya antara yang terbaik dari kaum adam yang pernah aku kenali...(Terima kasih, abang..kerana terima sayang dalam hidup abang)..moga impian kita untuk hidup bersama termakbul..amin...




















Gambar ni diambil "somewhere" in Putrajaya

Wednesday, January 7, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

rasanya agak lama aku tak meng"update"kan blog aku ni... maklumlah busy ngan aktiviti2 hujung tahun 2008. sebelum mula sekolah sesi 2009, aku kena g meeting staff kat sekolah. then, the next day, aku join family tunang aku g Penang. 3 hari 2 malam kat rumah adik dia kat Penang. Berjalan sakan aku g Penang, G Kedah, g Perak..jumpa sedara mara Tunang aku..Rasa macam jakun gak bila tengok2 sawah padi yang hijau kuning terbentang luas...Malam tahun baru aku g tapak pesta kat Penang. Orang punya la ramai tak terkata...penat pun ada..mana tak, seharian berjalan sakan...tapi aku enjoy g sana sini ngan family tunang aku..dapat gak bersuai kenal ngan diorang...skang ni aku dah mula keje balik..biasa la budak dah mula sekolah, aku pun mula la kerja..hehehe..cikgu la katakan...baru 3 hari keje..tp keje2 dah bertimbun tunggu untuk aku bereskan..sempena tahun 2009, azam yang lama ada jugak yg tak tercapai...so, hope this year, segala yang aku rancangkan berjalan dengan baik...nak jadi seorang cikgu yang lebih penyabar dan dedikasi dgn tugas...nak habiskan paper master aku sebelum proceed dengan project paper..hmmm...apa lagi ye..kalau boleh nak semuanya ke arah yang lebih baik dan positif sahaja tahun ini...harap2...amin..so, Selamat Tahun Baru 2009....