Wednesday, June 22, 2011

Bulan yang ditunggu2....

pejam celik..kejap je dah nak masuk bulan 7 dalam beberapa hari lagi... dan bulan 8 semua umat islam akan sibuk berpuasa dan berhari raya....tak kurang jugak sibuk bulan 9..dan bulan yang paling aku nantikan ialah bulan 10..sebabnya...pada awal bulan 10 insyaAllah ..aku akan konvo master kat um then my birthday month together with hubby. syukur atas nama Allah..akhirnya dapat juga merasa hasil dari penat lelah buat master...

Monday, January 31, 2011

Permulaan yang baik untuk tahun 2011


Salam. beria baik untuk permulaan tahun 2011 sebab aku dah habis and berjaya dalam program MESL aku kat UM. tak sabar nak konvo dlam bulan 8 ni...hmmmm.Apapun aku bersyukur kerana suami, keluarga sentiasa ada untuk menyokong aku dlm perjuangan menyiapkan master degree aku ni walaupun ada sesetengah pihak yang memandang rendah selama ni kat aku..Tima kasih, abang, mak, abah,angah,dedek,awie, adik dan sape2 jugak....

Wednesday, October 6, 2010

Songs that i love for this moment

Saat2 ini hati ini telah disakiti dan luka tak dapat dilihat dengan mata kasar. hanya lagu Insha Allah-Maher Zain yang dapat menenangkan jiwa dan memberi kekuatan

Tuesday, October 5, 2010

Kura-kura dalam perahu

Makin lama nak sampai ke penghujung tahun 2010, macam2 perkara yang berlaku. mcm2 citer gak yang x best aku dengar.gara2 geng2 vogue kg tu, aku masih lagi jd mangsa umpatan dan gosip hangat diorang, walaupun aku tak pernah nak amek tahu pasal diorang pun..Mulut tempayan boleh ditutup..tapi MULUT2 MANUSIA..macam mana nak tutup????Walaupun aku berdiam diri dan buat hal aku je skang ni...namun masih2 lagi kedengaran citer2 yang x elok pasal aku..APA YANG TAK PUAS HATI SANGAT NGAN AKU NI???Buat2 citer tentang aku..padahal kalau gang2 sendiri buat, no hal.Kalau aku..Riuh dicanang satu kampung.takpe la aku paham..hanya DIA yang tahu apa yang berlaku..CERITA LAH SELAGI KORANG TAK RASA PENAT NAK KUMPUL DOSA!!! ada masa tu aku rasa macam nak tampar je mulut MEREKA2..dan ada masa rasa macam nak sumbat MULUT2 korang tu ngan cili api yang tersangat la pedas...tu la ..apa2pun aku nak buat diri aku rasa bahgia..salah satu caranya adalah dengan tidak berkawan dgn mereka2 itu..suami aku mmg x bagi kawan ngan diorang..so better dengar cakap suami kan?? aku rasa baik aku buat hal aku..hati memang sakit bila dgr orang sedap2 kutuk hal kita yang mereka sendiri x tau citer sebenar.Biarlah...Biarkan..mereka hanyut dalam dunia khayalan/umpat-mengumpat/KUMPUL LAH DOSA BANYAK2...AKU SAMPAI BILA2 TAKKAN MAAFKAN MEREKA2 ITU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Tuesday, September 14, 2010

Tahun 2010 yang penuh cabaran

Setelah sekian lama x menulis...tetiba rasa nak menulis blog semula..semua gara2 tahun 2010 yang penuh cabaran dan dugaan....macam2 peristiwa dan karenah manusia terpaksa aku hadapi bila aku dah mula berpindah ke SK Keratong 10, Muadzam Shah, Pahang...banyak perkara yang berlaku...hingga ke saat ini aku masih lg terasa hati dengan apa yang berlaku kat sini...marah dengan orang sekeliling..tapi apa pun biarlah aku buat hal aku sendiri..Rasa rindu lak kat sekolah lama yang penuh dengan kenangan manis, biarpun sekolah lama ada gak kenangan pahit..Taapi x la seteruk perangai sesetengah manusia kat sini...Sedih, kecik hati, terasa hati semua ada..bercampur baur..marah pun ada...nape la manusia x pernah nak gembira kalau orang lain lagi lebih berjaya dr diorang, x yah dengki atau cemburu kalau ada suami yang baik, memahami, sanggup hantar dan tggu isteri kat sekolah...kenapa selalu x puas hati dengan orang lain??????????Rasa tersisih pun ada...ye la..suami dia x mcm suami aku yang caring and loving kot...at least aku tak perlu nak heboh2kan atau bercerita kat semua orang tentang kebaikan suami aku, kealiman suami aku...Orang lain pun boleh menilai melalui perbuatan..ye la kan..ACTIONS Speaks louder than WORDS...Diorang leh nilai sejauh mana kebenaran...ye la lgpun mana ada suami yang sanggup bersusah payah mengecat bangunan/tangga sekolah isteri..yup..hanya semata-mata utk isteri iaitu aku...suami aku g mengecat sekolah..aku buat kerja ikhlas...tak mintak pun upah macam mana orang lain buat...itupun ada yang mengata kat belakang, tikam aku dari belakang..dan mula dari saat itu aku pun mula disisihkan.......kalau dulu..Hamba Allah tu bg aku tumpang kete dia, sejak kes mengecat tu..aku kena jalan kaki ke sekolah...selama lebih kurang 3 bulan..nasib ada manusia yang baik hati yg selalu temankan aku berjalan kaki, dapat kete baru dfan tumpangkan aku g sekolah ngan kete dia...Rasa memang terharu sebab ada lagi insan yang sudi berkawan ngan aku..nape la Orang nak dengki ngan aku ni....Tapi bila suami aku suh aku bawak kete aku semula..atas sebab aku dah mula menyewa ngan rakan sekerja yg lain, aku pun bwk je kete kesayangan aku sampai lah sekarang...dan mereka2 itu masih menyisihkan aku..dan aku sikit pun x hairan ngan kete hamba Allah td sebab kete dia kete binatang yang kecil sedangkan aku bawak MYVI kesayangan aku.....Hingga kini mereka suka sngat ambil berat hal aku..padahal nak mengutuk aku....ingat AKU X TAU KE?????ntah jenis manusia apa la diorang ni???????

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal Tahun 2009

Dalam beberapa hari lagi tahun 2009 akan berakhir, dan tahun 2010 akan menjelang...harap2 untuk tahun 2010 ni, rezeki semakin bertambah (harap2)..semua apa yang diinginkan tercapai...semoga cabaran dan halangan yang ditempuhi dalam tahun 2009 menjadi pemangkin atau motivasi utk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang wanita, isteri, anak, ibu kepada 3 orang anak buat masa ini, dan jugak sbg student master yg tengah berhempas pulas menyiapkan thesis...